“Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada ALLAH dalam segala yang
diperintahkanNYA kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan.” – Surah At-Tahrim : 6
Apabila ALLAH memerintahkan kita untuk menjaga diri dan ahli kita dari api neraka, maka hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh.
Apabila ALLAH memerintahkan kita untuk menjaga diri dan ahli kita dari api neraka, maka hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh.
Jika di dunia, kita
berikhtiar menjaga diri dan anak kita daripada kepanasan api, maka untuk
mengawalnya dari api neraka kelak adalah lebih utama. Sebagai contoh, kita
jauhkan anak-anak daripada mendekati unggun api kerana bimbang mereka akan
tercedera.
Begitu juga kita
mengelakkan mereka daripada bermain dengan api kerana bimbang akan melukakan
mereka. Tindakan itu menandakan bahawa kita sayangkan mereka daripada terjatuh
di dalam api, terbakar atau tercedera.
Bahkan, sekiranya
mereka mendekati juga api itu, maka kita dengan tegas dan cepat mengheretnya
menjauhi dari api tersebut.
Jika di dunia ini pun, kita tidak sanggup
melihat mereka terkena bahang api, apatah lagi dengan api neraka? Jika dibuat
perbandingan, antara api dunia dan neraka, jauh terlalu besar bandingannya.
Bayangkan kata-kata Nabi bahawa walau hanya percikan api kecil api neraka jatuh
ke bumi, ia boleh menghancurkannya. Itu baru percikannya. Bayangkanlah kalau
api neraka yang sebenar-benarnya.
Marilah dan cuba
sematkan semua pesanan dan peringatan. Sebelum dan selepas tidur, kita ambil sedikit
masa untuk merenunginya. Ingatlah, kita semua akhirnya akan pulang semula
kepada ALLAH. Di sana, hanya ada dua tempat kita akan dikembalikan, sama ada di
syurga atau neraka.
Sentiasalah pasak
di dalam fikiran, ke manakah mahu kita tuju? Jadikanlah amalan setiap masa.
Cita-cita kita adalah syurga. Bagaimana kelak andai terlupa, kehidupan kita
selama ini sedang mengarahkan kita ke arah neraka?
Nauzubillahiminzalik.
*Ingatlah, keluarga kita adalah amanah kita. Takut dan
berwaspadalah pada amaran ALLAH. Selamatkanlah diri dan keluarga daripada
menjadi bahan api neraka. Itu bukan tempat asal kita. Itu bukan tujuan dan hala
tuju kita.
0 comments:
Post a Comment