Powered by Blogger.

Monday, August 29, 2011

Bekalan Perjalanan Cinta


Orang yang berjalan menuju ALLAH s.w.t. dan negeri akhirat, bahkan berjalan ke mana pun, tidak akan sempurna dan tidak akan sampai di tempat tujuan kecuali dengan dua bekal kekuatan, yakni :

1. Kekuatan Ilmiah
Iaitu berupa ilmu syariat yang cukup. Dengan seseorang boleh melihat jalan dan lajur mana yang akan ditempuh. Juga akan mampu menghindarkan diri dari tempat yang membinasakan. Kekuatan ilmiah ini bagai obor yang sangat terang cahayanya yang berada di tangannya. Dengan kekutan ilmiah, seseorang boleh berjalan di tempat yang di penuhi dengan gelapnya kebodohan dan kemaksiatan. Ia akan berhati-hati agar tidak terperosok ke dalam lubang penyimpangan serta terhindar dari duri kemaksiatan.

2. Kekuatan Amaliah
Iaitu adanya tekad untuk melakukan ke arah kebaikan. Tekad yang kuat akan mendekatkan sesuatu yang jauh dan memudahkan perkara yang rumit. Apabila seseorang telah bersungguh-sungguh untuk melangkah kakinya atau menaiki kenderaannya sehingga sempadan demi sempadan di lalui, maka setengah perjalanan telah di lalui dan perjumpaan dengan kekasih sudah di depan mata. Letihnya perjalanan pun mulai terubat dan kaki terasa sudah tidak sabar lagi sehingga langkah pun dipercepat. Dirinya bergumam: ‘Wahai diri, bersenanglah kerana rumahmu sudah dekat dengan perjumpaan pun tinggal sesaat. Jangan kau putus di tengah jalan, nantinya akan terhalang dari kekasih. Sungguh kehidupan dunia seluruhnya ibarat anak tangga menuju tempat berikutnya. Oleh itu, jangan kau terputus di padang sahara (yakni dunia). Demi ALLAH, itu adalah tempat yang membinasakan. Wahai diri, jika engkau berasa penat untuk melakukan perjalan maka ingatlah bahawa di depanmu kekasihmu telah menunggu dengan berbagai jamuan yang menyenangkan. Jangan kau berhenti, kerana di belakangmu ada musuh yang selalu siap membina sakan dan menyeksamu.’

Rasulullah s.a.w. pernah berdoa: ‘ Dan aku memohon kepadaMu (wahai ALLAH) kelazatan memandang kepada wajahMu dan rindu berjumpa denganMu.’ (Riwayat An-nasa’ dan Al-Hakim)


Saturday, August 27, 2011

Aku Perlukan Kekuatan

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu
yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan
,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim
didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini
,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia
,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan
hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu
.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu
Ya ALLAH.


Saturday, August 6, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullaah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi ALLAH.
Bonus 2 : Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus 3 : ALLAH memperindahkan syurga Nya setiap hari dan berfirman:
                'Hampir-hampir hamba-hamba Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
Bonus 4 : Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus 5 : Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w. :
"Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?"
Baginda menjawab:
"Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

 
Powered by Blogger.