Powered by Blogger.

Wednesday, January 23, 2013

Inspirasi Ke Puncak


Terasa ingin membakar semangat diri dan membangkitkan motivasi diri. Tidak mahu dihantui kelemahan, kemalasan, kelesuan, keletihan dan kepenatan yang membunuh jiwa yang membara.

Jadikan setiap minit suatu keajaiban dan setiap hari suatu kehebatan.

Waktu yang berlalu, ia tidak berulang kembali. Masa adalah kehidupan. Terfikir dengan sepenuh hati, bagaimana untuk melalui sisa-sisa kehidupan dengan karya yang benar-benar mengugah jiwa. Kini, benar-benar mendalami ilmu seni mengolah kehidupan dan kematian agar titik akhirnya membuahkan sesuatu yang menjaminkan kesejahteraan di akhirat sana.

Orang yang berjaya ; diredhai ALLAH swt kerana keimanannya, disayangi keluarganya kerana kelembutannya, dicintai manusia kerana akhlaknya, dihormati masyarakatnya kerana manfaat yang diberikannya.

Kejayaankemenangan dan kecemerlangan – sentiasa melekat dan dekat di hati. Sungguh, selalunya rasa ingin memaksa diri untuk mengikuti semua jalan-jalan, lorong-lorong dan denai-denai yang telah dilalui oleh manusia yang telah berjaya.

Umar Bin Abdul Aziz berkata : “ Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu. Jiwa yang merindui kepimpinan, maka aku mendapatkannya, merindui khalifah maka aku meraihnya, dan sekarang jiwa itu merindui syurga.”

Meniti jalan ke syurga adalah laluan dan kebiasaan orang-orang soleh. Terbaca kisah luar biasa mereka dalam kesungguhankomitmenkeseriusan dan keazaman dalam melaksanakan amalan soleh. Diri ini kerdil – masih jauh daripada bayangan keperibadian mereka.

Orang yang berjaya mesti memiliki kekuatan pengamatan, memberi sepenuh konsentrasi, menjaga waktu, selalu menghayati dan memiliki wawasan yang jauh ke hadapan.

Cita-cita ialah jalan kejayaankesungguhan ialah kenderaannya.

Sesiapa yang memiliki cita-cita yang membakar, jiwa yang terujausaha yang giat dan kesabaran yang berterusan, maka dia memenuhi kriteria orang yang ulung.

Makanan yang paling lazat ialah makanan yang dimakan ketika lapar. Air yang paling nikmat ialah air yang diminum ketika kehausan. Tidur yang paling nyenyak ialah tidur dalam keadaan keletihan. Kejayaan yang paling indah ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan danpengorbanan untuk merealisasikannya.

Manusia yang sanggup melalui pengorbanan dan bersusah payah, dialah adalah manusia yang bersedia untuk melalui detik-detikkemenangan di hari muka.


P E S A N A N

Alhamdulillah - anda telah membaca kesemua coretan dan perkongsian di atas. Dan sekarang, fokus betul-betul. Baca yang telah diboldkan sahaja.

Apakah yang dapat anda simpulkan?


Membara dalam jiwa : Motivasi diri full sentiasa!

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger.