Powered by Blogger.

Monday, August 29, 2011

Bekalan Perjalanan Cinta


Orang yang berjalan menuju ALLAH s.w.t. dan negeri akhirat, bahkan berjalan ke mana pun, tidak akan sempurna dan tidak akan sampai di tempat tujuan kecuali dengan dua bekal kekuatan, yakni :

1. Kekuatan Ilmiah
Iaitu berupa ilmu syariat yang cukup. Dengan seseorang boleh melihat jalan dan lajur mana yang akan ditempuh. Juga akan mampu menghindarkan diri dari tempat yang membinasakan. Kekuatan ilmiah ini bagai obor yang sangat terang cahayanya yang berada di tangannya. Dengan kekutan ilmiah, seseorang boleh berjalan di tempat yang di penuhi dengan gelapnya kebodohan dan kemaksiatan. Ia akan berhati-hati agar tidak terperosok ke dalam lubang penyimpangan serta terhindar dari duri kemaksiatan.

2. Kekuatan Amaliah
Iaitu adanya tekad untuk melakukan ke arah kebaikan. Tekad yang kuat akan mendekatkan sesuatu yang jauh dan memudahkan perkara yang rumit. Apabila seseorang telah bersungguh-sungguh untuk melangkah kakinya atau menaiki kenderaannya sehingga sempadan demi sempadan di lalui, maka setengah perjalanan telah di lalui dan perjumpaan dengan kekasih sudah di depan mata. Letihnya perjalanan pun mulai terubat dan kaki terasa sudah tidak sabar lagi sehingga langkah pun dipercepat. Dirinya bergumam: ‘Wahai diri, bersenanglah kerana rumahmu sudah dekat dengan perjumpaan pun tinggal sesaat. Jangan kau putus di tengah jalan, nantinya akan terhalang dari kekasih. Sungguh kehidupan dunia seluruhnya ibarat anak tangga menuju tempat berikutnya. Oleh itu, jangan kau terputus di padang sahara (yakni dunia). Demi ALLAH, itu adalah tempat yang membinasakan. Wahai diri, jika engkau berasa penat untuk melakukan perjalan maka ingatlah bahawa di depanmu kekasihmu telah menunggu dengan berbagai jamuan yang menyenangkan. Jangan kau berhenti, kerana di belakangmu ada musuh yang selalu siap membina sakan dan menyeksamu.’

Rasulullah s.a.w. pernah berdoa: ‘ Dan aku memohon kepadaMu (wahai ALLAH) kelazatan memandang kepada wajahMu dan rindu berjumpa denganMu.’ (Riwayat An-nasa’ dan Al-Hakim)


0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger.